Assalamualaikum
Sebenarnya sejak beberapa tahun lepas lagi aku berkobar-kobar nak sambung belajar. Sekarang aku adalah lepasan diploma di salah sebuah kolej Islam di Pahang. Memang niat aku untuk mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya sampai peringkat degree. Tapi aku tak cakap la yang kelulusan diploma susah nak dapat kerja. Tidak. Itu semua rezeki. Ini cuma tahap pendidikan yang aku letak untuk diri aku saja. Tiada kena mengena langsung dengan isu peluang pekerjaan. Okay. Semua faham kan? (bajet macam ada orang nak baca...haha)
Lagi satu, aku jenis yang tak suka duduk diam pada satu2 tempat. Aku suka berjalan dan tengok tempat orang. Selain belajar dalam bidang akademik, dapat juga la tambah pengalaman hidup. Kalau dapat keizinan untuk keluar jauh, lagi jauh aku pergi. Memang orang kata, kalau belajar jauh2, nanti susah nak balik. Betul. Tapi pada aku, tu semua bergantung atas individu tu sendiri. Yang tak suka jauh2 dari keluarga tu mungkin agak sukar la. Berbeza bagi yang suka merantau ni kan. Susah senang, itu semua cabaran dalam hidup. Yang penting kita sendiri perlu ada persediaan.
Tapi yela...aku tahu, perkara tu tak digalakkan pada perempuan. Sebab kalau pergi ke tempat orang tu sebaiknya ada di samping kita mahram yang ikut bersama. Tapi untuk hal sambung belajar ni, pihak Pensyarah di kolej yang menguruskan segala urusan dan proses tu, aku rasa takde masalah. Lagipun bukannya aku pergi seorang diri. Tapi ramai lagi pelajar-pelajar lain yang pergi. Mereka semua tu bukan orang lain. Senior2 dan junior2 aku jugak. Dah nama pun pihak kolej yang uruskan. Mestilah kena kumpulkan seberapa ramai pelajar untuk ke sana.
UIN Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia
Tahu tak aku nak belajar kat mana? Nak pergi jauh2 sangat pun tak boleh. Tapi takpe, cuba untuk pergi selangkah ke negara jiran. Indonesia. Sebab pihak kolej aku menjalankan kerjasama dengan 2 buah universiti di sana iaitu di Medan dan Aceh. Kalau ikutkan, kebanyakkan dari kami ramai yang berminat untuk ke Aceh berbanding Medan. Dan kalau ikut saranan dari para Pensyarah pun, ramai yang beri cadangan untuk ke Aceh. Tapi kalau diberi peluang untuk ke tempat lain pun, aku okay jugak. Yang penting kekuatan tu ada. Kalau tak kuat susah juga walaupun di tempat sendiri.
Tapi aku letakkan tempoh untuk diri aku jugak. Iyelah, aku masih sedar yang aku seorang perempuan. Kalau boleh, tak nak terlalu tua kan. Kalau dalam tempoh habis belajar umur aku masih di bawah sekitar 30-an tu kira okay la. Lagipun di sana untuk kursus yang sama dalam sekitar 2 tahun saja. Kalau takde rezeki, aku sambung belajar dalam Malaysia ni pun takde masalah. Bergantung pada keadaan. Macam aku bagitau sebelum ni, persediaan tu perlu ada. Kita hanya merancang, Allah menentukan. Kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta. Okay. Sekian untuk hari ni. Salam.
Sekadar selingan. Hihihi.
(Kesemua foto di atas adalah bersumberkan dari Tuan Google.)