Wednesday 25 November 2015

Lain Orang Lain Ragam


ASSALAMUALAIKUM

Untuk post kali ni, aku nak sebut sikit mengenai minat dan gaya hidup seseorang yang kita perlu faham dan hormat. Lain orang lain caranya. Kita ni dilahirkan berbeza. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya, ada juga minatnya yang tersendiri atau lain dari yang lain. Bukan semuanya menepati citarasa kita. Tapi kita selaku orang yang mempunyai minat juga tidak boleh memaksa orang lain untuk bersama dalam minat kita. Kita juga tidak boleh memaksa orang lain untuk jadi seperti kita. Kadang-kala mereka nampak pelik. Kadang-kala mereka nampak unik. Tapi apa yang penting ialah keterbukaan kita dalam menerima orang lain dengan caranya.


Kita seringkali kata pada diri kita :
Jadilah diri sendiri.
Usah hipokrit dan jadi orang lain.

Hakikatnya,
Kita sering menuntut orang lain untuk jadi seperti yang kita mahu.


Sebagai contoh. Kamu kenal dengan seseorang. Dia sangat pendiam orangnya. Adakalanya kamu berasa sangat bosan bila bersama dengannya. Pernah beberapa kali kamu memaksa dia untuk berbual panjang tetapi tidak berhasil. Tetapi kamu tidak sedar, perkara yang kamu bualkan tu bukanlah perkara penting pun. Hanya bual-bual kosong untuk mengisi kebosanan saja. Kamu tidak boleh memaksa dia untuk menjadi peramah dan banyak cakap...jika itu bukan dirinya. Mungkin dia sendiri tidak suka berkata melainkan yang perlu. Bagi kamu, itu adalah kekurangan pada dirinya. YA...itu adalah kekurangannya.


Adakalanya, kelebihan kita adalah kekurangan bagi orang lain.
Adakalanya, kekurangan kita dalah kelebihan bagi orang lain.


Sedangkan, sifat pendiam itu adalah kelebihannya juga. Kamu perlu sedar. Bukan semua orang seperti kamu. Adakalanya sikap kamu yang terlampau banyak cakap itu juga satu kekurangan bagi orang lain. Bukan semua orang suka mendengar percakapan kamu yang banyak mengarut tu. Bukan tidak suka mendengar orang bercakap tetapi bukan sepanjang masa telinga ini boleh meluangkan masa untuk mendengar. Dan orang yang pendiam pun, dia bukannya tidak boleh bercakap langsung. Cuma bukan sepanjang masa lidahnya boleh mengumpul air liur semata-mata untuk kamu. Melainkan yang perlu sahaja.


Lain orang lain ragam.
Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan.


Sebagai contoh yang lain pula. Jika kita jenis yang suka duduk dalam zon selesa, itu tidak bermakna orang yang keluar dari zon selesa itu membuat perkara yang salah. Bukan salah mereka jika sukakan cabaran. Itu memang gaya hidupnya. Mereka keluar hidup berdikari dan jauh disisi keluarga bukan bermakna mereka tinggalkan keluarga. INGAT. Jangan jadi katak di bawah tempurung. Orang yang bijak tidak duduk di sesuatu tempat. Mereka akan keluar merantau untuk mencari pengalaman hidup. Ada orang kata, susahlah jauh-jauh dari keluarga. Nanti susah nak balik. Bukan aku kata perkara ini salah, tapi pemikiran seperti ini agak keterlaluan jika kamu menyatakannya pada mereka yang suka merantau dan mengembara. Macam yang aku sebutkan tadi, minat setiap orang berbeza. Kita tidak boleh memaksa orang lain jadi seperti kita.


Untuk mengakhiri post kali ni,
Aku sertakan mutiara kata sebagai menyokong pendirian orang yang suka merantau ni.
Salam.





(Kesemua foto di atas adalah bersumberkan dari Tuan Google.)