Assalamualaikum
Sebelum nie aku ada sertai satu seminar
di UIAM kampus Gombak. Seminar tu berkaitan dengan teori dan kajian mengenai
tamadun Melayu. Dalam istilah Melayu ia disebut sebagai peradaban Melayu. Dalam
seminar ni kami didedahkan dengan peradaban orang-orang Melayu sejak puluhan
ribu tahun lepas. Ini adalah kali kedua aku sertai seminar berkaitan peradaban
Melayu ni. Kali pertama pada awal tahun ini di UKM Bangi. Secara jujurnya, sebelum aku didedahkan
dengan seminar ni, aku tak pernah malu bergelar Melayu. Tapi aku agak terkilan
bila mengetahui ada segelintir masyarakat Melayu yang malu bergelar Melayu.
Kita sebenarnya telah tertipu dengan sejarah dan tamadun. Tamadun Melayu
merupakan tamadun awal yang terhebat dan sangat maju satu ketika dahulu.
Betul ke? kenapa
kita tidak tahu mengenainya?
Sebenarnya tiada yang mustahil pun. Aku
beri perumpamaan yang sama. Masa kecil kita didedahkan dengan sejarah dan
tamadun dunia. Kononnya dunia ini bermula dengan zaman batu yang tiada
peradaban langsung. Kisah mengenai tamadun dunia sangat terkenal di seluruh
dunia. Kita didedahkan mengenai agama dan kepercayaan orang zaman dahulu kala.
Mereka menganut kepercayaan animisme. Iaitu kepercayaan kepada makhluk halus
dan roh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula
muncul di kalangan manusia primitif.
Rata-rata diantara kita yang percaya mengenainya. Tapi sebagai seorang Muslim,
ada satu perkara besar yang kita perlu fikir sebelum mempercayai kisah
mengenai peradaban dunia, lebih-lebih lagi mengenai zaman prasejarah. Adakah kita terlepas pandang mengenai satu perkara nie.
Apakah perkara besar yang kita terlepas pandang tu?
Cuba tenungkan semula, siapa manusia pertama yang mula-mula mendiami bumi
nie? Sebagai seorang Islam, kita percaya bahawa manusia pertama yang diturunkan
ke bumi adalah Nabi Adam dan Hawa. Persoalannya. Adakah Nabi Adam dan Hawa ini
diturunkan dalam keadaan yang tidak mempunyai peradaban langsung. Tidak
berpakaian, makan makanan mentah dan sebagainya yang diceritakan mengenai
manusia zaman purba? Dan bagaimana pula dengan Nabi-nabi seterusnya? Bilakah
waktumya mereka melalui zaman prasejarah sedangkan mereka adalah manusia yang
terawal. Dan seperti yang kita lihat pada hari nie. Masyarakat dunia bukan sahaja melihat Islam dengan kemunduran, bahkan melihat Islam sebagai keganasan. Dunia hari ini telah terpedaya dengan propaganda yang ditunjukkan.
Begitu jugalah dengan sejarah mengenai
Peradaban Melayu. Jika seluruh dunia boleh tertipu dengan sejarah mengenai
Tamadun Dunia bermula dengan Zaman Prasejarah, tak mustahil Tamadun dan
Peradaban Melayu juga senang-senang kita juga tertipu. Jangan mudah percaya bahawa
kesemua adat resam orang Melayu itu bermula dengan dengan ajaran Hindu. Orang
Melayu juga mempunyai adat resamnya sendiri. Masalah kita di Malaysia nie,
semua adat Melayu nak dikaitkan dengan Hindu. Seolah-olah Melayu nie bangsa
yang mundur dan tiada peradaban sendiri. Sebagai orang Melayu kita sendiri
harus mengambil tahu mengenai ASAL-USUL kita. Bukannya hanya
bergantung dengan buku sejarah. Orang Melayu ada adat dan peradabannya sendiri. Semoga lebih ramai yang sedar mengenainya.
No comments:
Post a Comment