Wednesday 25 November 2015

Lain Orang Lain Ragam


ASSALAMUALAIKUM

Untuk post kali ni, aku nak sebut sikit mengenai minat dan gaya hidup seseorang yang kita perlu faham dan hormat. Lain orang lain caranya. Kita ni dilahirkan berbeza. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya, ada juga minatnya yang tersendiri atau lain dari yang lain. Bukan semuanya menepati citarasa kita. Tapi kita selaku orang yang mempunyai minat juga tidak boleh memaksa orang lain untuk bersama dalam minat kita. Kita juga tidak boleh memaksa orang lain untuk jadi seperti kita. Kadang-kala mereka nampak pelik. Kadang-kala mereka nampak unik. Tapi apa yang penting ialah keterbukaan kita dalam menerima orang lain dengan caranya.


Kita seringkali kata pada diri kita :
Jadilah diri sendiri.
Usah hipokrit dan jadi orang lain.

Hakikatnya,
Kita sering menuntut orang lain untuk jadi seperti yang kita mahu.


Sebagai contoh. Kamu kenal dengan seseorang. Dia sangat pendiam orangnya. Adakalanya kamu berasa sangat bosan bila bersama dengannya. Pernah beberapa kali kamu memaksa dia untuk berbual panjang tetapi tidak berhasil. Tetapi kamu tidak sedar, perkara yang kamu bualkan tu bukanlah perkara penting pun. Hanya bual-bual kosong untuk mengisi kebosanan saja. Kamu tidak boleh memaksa dia untuk menjadi peramah dan banyak cakap...jika itu bukan dirinya. Mungkin dia sendiri tidak suka berkata melainkan yang perlu. Bagi kamu, itu adalah kekurangan pada dirinya. YA...itu adalah kekurangannya.


Adakalanya, kelebihan kita adalah kekurangan bagi orang lain.
Adakalanya, kekurangan kita dalah kelebihan bagi orang lain.


Sedangkan, sifat pendiam itu adalah kelebihannya juga. Kamu perlu sedar. Bukan semua orang seperti kamu. Adakalanya sikap kamu yang terlampau banyak cakap itu juga satu kekurangan bagi orang lain. Bukan semua orang suka mendengar percakapan kamu yang banyak mengarut tu. Bukan tidak suka mendengar orang bercakap tetapi bukan sepanjang masa telinga ini boleh meluangkan masa untuk mendengar. Dan orang yang pendiam pun, dia bukannya tidak boleh bercakap langsung. Cuma bukan sepanjang masa lidahnya boleh mengumpul air liur semata-mata untuk kamu. Melainkan yang perlu sahaja.


Lain orang lain ragam.
Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan.


Sebagai contoh yang lain pula. Jika kita jenis yang suka duduk dalam zon selesa, itu tidak bermakna orang yang keluar dari zon selesa itu membuat perkara yang salah. Bukan salah mereka jika sukakan cabaran. Itu memang gaya hidupnya. Mereka keluar hidup berdikari dan jauh disisi keluarga bukan bermakna mereka tinggalkan keluarga. INGAT. Jangan jadi katak di bawah tempurung. Orang yang bijak tidak duduk di sesuatu tempat. Mereka akan keluar merantau untuk mencari pengalaman hidup. Ada orang kata, susahlah jauh-jauh dari keluarga. Nanti susah nak balik. Bukan aku kata perkara ini salah, tapi pemikiran seperti ini agak keterlaluan jika kamu menyatakannya pada mereka yang suka merantau dan mengembara. Macam yang aku sebutkan tadi, minat setiap orang berbeza. Kita tidak boleh memaksa orang lain jadi seperti kita.


Untuk mengakhiri post kali ni,
Aku sertakan mutiara kata sebagai menyokong pendirian orang yang suka merantau ni.
Salam.





(Kesemua foto di atas adalah bersumberkan dari Tuan Google.)


Monday 9 November 2015

Seminar Peradaban Melayu





Assalamualaikum


Sebelum nie aku ada sertai satu seminar di UIAM kampus Gombak. Seminar tu berkaitan dengan teori dan kajian mengenai tamadun Melayu. Dalam istilah Melayu ia disebut sebagai peradaban Melayu. Dalam seminar ni kami didedahkan dengan peradaban orang-orang Melayu sejak puluhan ribu tahun lepas. Ini adalah kali kedua aku sertai seminar berkaitan peradaban Melayu ni. Kali pertama pada awal tahun ini di UKM Bangi. Secara jujurnya, sebelum aku didedahkan dengan seminar ni, aku tak pernah malu bergelar Melayu. Tapi aku agak terkilan bila mengetahui ada segelintir masyarakat Melayu yang malu bergelar Melayu. Kita sebenarnya telah tertipu dengan sejarah dan tamadun. Tamadun Melayu merupakan tamadun awal yang terhebat dan sangat maju satu ketika dahulu.

Betul ke? kenapa kita tidak tahu mengenainya?

Sebenarnya tiada yang mustahil pun. Aku beri perumpamaan yang sama. Masa kecil kita didedahkan dengan sejarah dan tamadun dunia. Kononnya dunia ini bermula dengan zaman batu yang tiada peradaban langsung. Kisah mengenai tamadun dunia sangat terkenal di seluruh dunia. Kita didedahkan mengenai agama dan kepercayaan orang zaman dahulu kala. Mereka menganut kepercayaan animisme. Iaitu kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul di kalangan manusia primitif. Rata-rata diantara kita yang percaya mengenainya. Tapi sebagai seorang Muslim, ada satu perkara besar yang kita perlu fikir sebelum mempercayai kisah mengenai peradaban dunia, lebih-lebih lagi mengenai zaman prasejarah. Adakah kita terlepas pandang mengenai satu perkara nie.

Apakah perkara besar yang kita terlepas pandang tu?

Cuba tenungkan semula, siapa manusia pertama yang mula-mula mendiami bumi nie? Sebagai seorang Islam, kita percaya bahawa manusia pertama yang diturunkan ke bumi adalah Nabi Adam dan Hawa. Persoalannya. Adakah Nabi Adam dan Hawa ini diturunkan dalam keadaan yang tidak mempunyai peradaban langsung. Tidak berpakaian, makan makanan mentah dan sebagainya yang diceritakan mengenai manusia zaman purba? Dan bagaimana pula dengan Nabi-nabi seterusnya? Bilakah waktumya mereka melalui zaman prasejarah sedangkan mereka adalah manusia yang terawal. Dan seperti yang kita lihat pada hari nie. Masyarakat dunia bukan sahaja melihat Islam dengan kemunduran, bahkan melihat Islam sebagai keganasan. Dunia hari ini telah terpedaya dengan propaganda yang ditunjukkan.




Begitu jugalah dengan sejarah mengenai Peradaban Melayu. Jika seluruh dunia boleh tertipu dengan sejarah mengenai Tamadun Dunia bermula dengan Zaman Prasejarah, tak mustahil Tamadun dan Peradaban Melayu juga senang-senang kita juga tertipu. Jangan mudah percaya bahawa kesemua adat resam orang Melayu itu bermula dengan dengan ajaran Hindu. Orang Melayu juga mempunyai adat resamnya sendiri. Masalah kita di Malaysia nie, semua adat Melayu nak dikaitkan dengan Hindu. Seolah-olah Melayu nie bangsa yang mundur dan tiada peradaban sendiri. Sebagai orang Melayu kita sendiri harus mengambil tahu mengenai ASAL-USUL kita. Bukannya hanya bergantung dengan buku sejarah. Orang Melayu ada adat dan peradabannya sendiri. Semoga lebih ramai yang sedar mengenainya.

Wednesday 28 October 2015

Sambung Belajar





Assalamualaikum

Sebenarnya sejak beberapa tahun lepas lagi aku berkobar-kobar nak sambung belajar. Sekarang aku adalah lepasan diploma di salah sebuah kolej Islam di Pahang. Memang niat aku untuk mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya sampai peringkat degree. Tapi aku tak cakap la yang kelulusan diploma susah nak dapat kerja. Tidak. Itu semua rezeki. Ini cuma tahap pendidikan yang aku letak untuk diri aku saja. Tiada kena mengena langsung dengan isu peluang pekerjaan. Okay. Semua faham kan? (bajet macam ada orang nak baca...haha)


Lagi satu, aku jenis yang tak suka duduk diam pada satu2 tempat. Aku suka berjalan dan tengok tempat orang. Selain belajar dalam bidang akademik, dapat juga la tambah pengalaman hidup. Kalau dapat keizinan untuk keluar jauh, lagi jauh aku pergi. Memang orang kata, kalau belajar jauh2, nanti susah nak balik. Betul. Tapi pada aku, tu semua bergantung atas individu tu sendiri. Yang tak suka jauh2 dari keluarga tu mungkin agak sukar la. Berbeza bagi yang suka merantau ni kan. Susah senang, itu semua cabaran dalam hidup. Yang penting kita sendiri perlu ada persediaan.


Tapi yela...aku tahu, perkara tu tak digalakkan pada perempuan. Sebab  kalau pergi ke tempat orang tu sebaiknya ada di samping kita mahram yang ikut bersama. Tapi untuk hal sambung belajar ni, pihak Pensyarah di kolej yang menguruskan segala urusan dan proses tu, aku rasa takde masalah. Lagipun bukannya aku pergi seorang diri. Tapi ramai lagi pelajar-pelajar lain yang pergi. Mereka semua tu bukan orang lain. Senior2 dan junior2 aku jugak. Dah nama pun pihak kolej yang uruskan. Mestilah kena kumpulkan seberapa ramai pelajar untuk ke sana. 



UIN Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia



Tahu tak aku nak belajar kat mana? Nak pergi jauh2 sangat pun tak boleh. Tapi takpe, cuba untuk pergi selangkah ke negara jiran. Indonesia. Sebab pihak kolej aku menjalankan kerjasama dengan 2 buah universiti di sana iaitu di Medan dan Aceh. Kalau ikutkan, kebanyakkan dari kami ramai yang berminat untuk ke Aceh berbanding Medan. Dan kalau ikut saranan dari para Pensyarah pun, ramai yang beri cadangan untuk ke Aceh. Tapi kalau diberi peluang untuk ke tempat lain pun, aku okay jugak. Yang penting kekuatan tu ada. Kalau tak kuat susah juga walaupun di tempat sendiri.


Tapi aku letakkan tempoh untuk diri aku jugak. Iyelah, aku masih sedar yang aku seorang perempuan. Kalau boleh, tak nak terlalu tua kan. Kalau dalam tempoh habis belajar umur aku masih di bawah sekitar 30-an tu kira okay la. Lagipun di sana untuk kursus yang sama dalam sekitar 2 tahun saja. Kalau takde rezeki, aku sambung belajar dalam Malaysia ni pun takde masalah. Bergantung pada keadaan. Macam aku bagitau sebelum ni, persediaan tu perlu ada. Kita hanya merancang, Allah menentukan. Kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta. Okay. Sekian untuk hari ni. Salam.




Sekadar selingan. Hihihi. 





(Kesemua foto di atas adalah bersumberkan dari Tuan Google.)




Thursday 22 October 2015

Sembang







Assalamualaikum

Hai. Sebenarnya ini merupakan blog kedua aku. Kenapa aku buat blog nie? Saja. Blog pertama tu aku dah ubah konsep kepada hal-hal lain. Lebih kepada perkongsian ilmu-ilmu lah. Banyak perkara yang aku post tentang diri, semuanya aku dah deleted. Bukan apa, bagi aku hal yang dah lepas biarlah lepas. Bukan maksud aku kenangan pahit ke apa. Tapi sebab lain. Ianya berkenaan dengan haluan dan cara hidup aku yang telah berubah. Jadi bagi aku tak elok rasanya aku simpan kesemua cerita tu di blog memandangkan arah hidup aku pun dah agak lain. Bukan kata ada keaiban tapi dek kerana perhijrahan dari segi pakaian, gaya hidup dan lain-lain.

Rasanya korang faham kot maksud aku. Tapi hijab tetap pilihan aku dari dulu k...huhu...bukan bermaksud aku nie freehair tau. Hehehe. Lagi satu kerana aku tak nak campur adukkan post aku. Maka terwujud  lah blog nie. Oh yaaa...kenapa aku pilih gambar di atas? Takde apa. Saja. Cuma gambar tu mewakili gambar pertama yang aku guna sebagai gambar profil di blog nie. Untuk pengunjung yang tinggalkan jejak, maaf sebab tak dapat nak respon atau membalas kunjungan untuk beberapa waktu nie. Gambar yang aku letak kat atas tu sumber dari google jer ye. Okay laaa. Sampai sini saja post yang pertama. Alhamdulillah kabut jerebu sudah hilang. Selamat Menyambut Musim Tengkujuh pula.